Friday, April 6, 2012

kenangan manis dari outwourd bound malaysia lumut. part 1


assalamualaikum...

da lama aku tak update blog nie.. bukan sengaja taknak update, tp sibuk dengan kerja yang sampai ke malam.. dan sekarang aku sibuk dengan outstation.. meeting, kursus, bengkel..

kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku & kawan2 sepanjang seminggu kami di outwourd bound, lumut. bagi aku, ini adalah pengalaman paling berharga kami kerana di sinilah kami mengenal erti persahabatan, kerjasama, semangat berkumpulan dan tidak mengenal putus asa.


kami tiba di obm hari sabtu 10 mac. kami diberikan penerangan ringkas tentang apa yang akan
berlaku sepanjang 7 hari kami kat obm. kemudian semua peserta diminta memberikan hp masing2 untuk disimpan sepanjang program dan akan diberikan semula pada hari terakhir kursus. aktiviti yang pertama kami ada ice breaking untuk mengenali antara 1 sama lain. dan hari pertama berlalu dengan agak tenang.



cabaran bermula di hari kedua. kami bermula dengan senaman pagi. kemudian, kami mula berlatih untuk berkayak. kami diajar teknik kayak yang betul dan apa yg perlu dilakukan sekiranya kayak kami terbalik semasa ekspedisi. kami juga diajar tentang isyarat2 yang perlu diberi perhatian sepanjang ekspedisi nanti.

selepas tamat sesi latihan, kami diberikan penerangan ringkas tentang ekspedisi kali ini. kami akan berkayak dari obm hingga ke pantai syawal sejauh 10km. ekspedisi makin mencabar bila kami perlu berkayak dalam keadaan melawan arus dan dibawah terik matahari.



selepas selesai sesi penerangan, kami mula membuat persiapan.. peralatan seperti peralatan memasak, kain khemah (tent sheet) dan lain2 barang keperluan.. kemudian, kami berkumpul di pantai untuk mendengar taklimat terakhir... selepas itu, doa dibaca & ekspedisi kami bermula...

perjalanan kami memang mencabar... ada yang muntah2 akibat mabuk laut, kekejangan otot akibat kayuhan tanpa henti untuk menggerakkan kayak. namun semua itu tidak mematahkan semangat kami... dan selepas 4 jam berkayak, akhirnya kami tiba di pantai syawal...



kami kerkhemah di persisiran pantai syawal... kami memasak bersama, berbual dan mengenali lebih dekat rakan2 seperjuangan... pada malam itu, jurulatih mengadakan sesi perkongsian pengalaman sepanjang perjalanan tersebut... dan semuanya yakin, bahawa kami boleh melakukan dengan lebih baik untuk perjalanan pulang ke OBM...

keesokkan hari, kami bergerak seawal 7.45 pagi... ini kerana air masih tenang dan kami akan berkayak mengikut arus... dan dalam masa 3 jam, kami tiba di pantai OBM... jurulatih mengucapkan tahniah kerana formasi kami menjadi semasa perjalanan pulang ke OBM...

sememangnya kursus kali ini benar2 menguji daya tahan fizikal dan mental kami... selepas 3 jam berehat, kami berkumpul mengikut watch masing2 untuk mempelajari cara membaca peta dan kompas.. selepas setengah jam mempelajari cara membaca peta dan kompas, kami memulakan latihan di kawasan hutan berhampiran kem...

pada malam itu, kami diberikan taklimat untuk ekspedisi akhir kami yang memakan masa 3 hari.. hampir semua peserta terkejut apabila dimaklumkan ekspedisi ini memakan masa 3 hari... kemudian kami diberikan penerangan tentang pergerakan, peralatan yang perlu dibawa dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan..

selesai penerangan, kesemua kami bergerak ke stor masing2 untuk menyiapkan peralatan... dan kali ini lebih mencabar kerana kami semua perlu membawa peralatan itu sendiri.. di sini kami diuji untuk lebih kreatif dalam membuat keputusan agar tidak merugikan mana2 pihak..

13 april, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot ke 1 tempat untuk memulakan perjalanan... perjalanan hari pertama agak mencabar kerana laluan yang licin.. aku pula mengalami kekejangan otot hampir 2 kali dalam perjalanan.. perjalanan kami memerlukan kami menaiki dan menuruni bukit, meredah kawasan berduri dan merentasi pokok balak yang telah tumbang sehingga menghalang laluan kami... selepas 6 jam berjalan, akhirnya kami sampai ke tempat yang dimaksudkan...

dugaan kepada kami datang lagi... kami merupakan kumpulan terakhir yang sampai ke camp site.. kelewatan itu menyebabkan kami memasak di bawah kain khemah yang direntang disebabkan cuaca yang telah hujan... namun, itu semua menguatkan semangat kami... dan kami berjaya mengharunginya...

14 april, merupakan perjalanan paling panjang yang kami tempuhi... dan buat pertama kalinya, aku berjalan selama 13 jam tanpa henti... kalau berhenti sekalipon, sekadar melepaskan lelah dan minum air... aku sendiri hampir putus asa selepas 10 jam perjalanan kerana keletihan yang amat sangat dan aku membuat silap yang besar dengan tidak mengambil makan tengahhari... namun ahli kumpulan dan jurulatih aku tetap cool, relaks dan menunggu aku sehingga sampai ke puncak terakhir... selepas 13 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di teluk sekadih, yang merupakan check point terakhir untuk ekspedisi kali ni...




.... to be continue....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...