Tuesday, January 3, 2012

entry pertama 2012 - pemilihan terbuka Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB

assalamualaikum...

bertemu kita buat kali pertama dalam tahun 2012...

ade benda baik, kita kongsikan bersama...

TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.

Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.


SASARAN

Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):

  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer

SYARAT TAMBAHAN:

  • CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain
  • SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
  • umur tidak melebihi 28 tahun.
  • sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
  • graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
  • graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)

PUSAT PEMILIHAN

  • Tarikh: 10 & 11 Januari, 2012
  • Masa: 9.00pagi - 4.00petang
  • Tempat: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah,Aras 5 Zon A, Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,06550 Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah.

LAIN-LAIN:

  • Program latihan akan bermula awal 2012
  • Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
  • Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah.
  • Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
  • Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.

PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN

sebarang pertanyaan, hubungi:

Pn. Nurul Muzaleeza Mustapha - 03-2296 6523

En. Kamal Sabarudin - 03-2296 6756

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...