Wednesday, November 9, 2011

bila kawan2 mula bersuara...

assalamualaikum....

kata orang, sekali kita berkawan, selamanya tetap berkawan... susah senang, suka duka, tangis tawa.. kita hadapi bersama.. dan bila berkawan, sudah menjadi adat, kita saling menegur antara 1 sama lain.. bila kena tegur, terimalah dengan hati terbuka..

aku pon pernah ditegur... macam2 hal laa... susah nak senyum, hot tempered, macam2 lg laa... tp aku terima teguran semua tu.. belajar untuk berubah... tp, hati kita akan jadi geram bila ada kawan2 yg jenis xleh nak ditegur... dia rasa dia jer yg betul... xmau langsung dengar nasihat org...

nasihat aku, kepada org2 yang macam nie, selagi kawan2 menegur tu, maksudnya kawan2 masih sygkan anda... bila kawan2 da buat x peduli, susah laa... silap2 nak tegur sape pon kawan2 da jadi malas.. dah taw perangai tu camana..

ego x bawa diri kita ke mana2 pon... pusing2, kita akan cari balik kawan2... dulu maybe ko bole ego sbb ko je yg keje.. skrg, masing2 da keje.. so, xyah laa nak kerek sgt.. setakat kawan2 nk jumpa ajak minum tu, xyah sombong sgt... patutnya kena rasa bersyukur sbb kawan2 still ingat kat ko...

terasa?? ko pikir2 laa sendiri... huhu

Friday, November 4, 2011

cantik itu bukan penjamin kebahagiaan...

assalamualaikum...

cuti sekolah makin hampir... dan aku pon da start dapat jemputan kenduri kahwin dari kawan2... kepada kawan2 yg bakal mendirikan rumah tangga, tahniah aku ucapkan.. aku doakan rumah tangga korang bahagia, hingga ke akhir hayat... insyaAllah...

bila aku lepak dengan member yang nak kawen ni, kebanyakkan kisah diorang hampir2 serupa.. bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain... mungkin secara kebetulan, org2 yg aku jumpa berkongsi kisah yg seakan sama....

tp masing2 memberikan nasihat yang sama, jangan memilih pasangan atas dasar rupa paras.. sbb rupa paras tu akan hilang dimakan usia secara perlahan2... (kalau dpt tu bonus laa... hehe) carilah pasangan yang menerima diri kita seadanya... yang menghargai kelebihan kita & melengkapi kekurangan yang ada...

aku pon berharap, aku akan berjumpa dengan insan yang menerima aku seadanya... kerana alam perkahwinan bukannya utk sehari 2, tapi untuk selamanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...