Friday, August 26, 2011

Sekadar renungan… . … … .buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.



Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja… ”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik? ”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari… ” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada s aj a orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila s aj a aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak
yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang s aj a tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.


Wednesday, August 24, 2011

Yang mana 1 milik kita??

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah.

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?


jangan jadi terlalu baik..

assalamualaikum..

kita selalu nak buat baik ngan semua org kan...
x kira laa adik beradik, kawan-kawan, sedara mara..
kadang2 tu, sanggup ketepikan hal sendiri semata2 nak buat baik dgn orang..

tp.. bila kita jadi terlalu baik, orang akan ambil kesempatan atas kebaikan kita..
time susah, kita laa kawan dia dunia akhirat..
time dia senang, selisih kat jalan pun macam tak kenal..

sedih kan... bila apa yang kita lakukan tu tak dihargai..
kita mmg tak pernah minta basalan utk kebaikan yang kita lakukan tu..
sebab kita buat ikhlas...
tp jangan laa buat x kenal bila da senang.. pastu nnt time susah baru ingat kita..

orang camni, selagi kawan dia tu memberi manfaat utk dia, dia akan gunakan sebaik mungkin..
silap2 sanggup jadikan kawan dia "kambing hitam" atas kesalahan yang dia lakukan...

nasihat aku, klu nak buat baik dengan orang, berpada-pada laa... apa2 pun, pikirkan diri kita dulu..
kalau asyik pikirkan hal orang, nnt diri kita akan terabai...
& percayalah, orang jarang2 pikir ttg diri kita...

ok, bye!

Sunday, August 21, 2011

plan lepas raya nie..

assalamualaikum...

tgh2 xleh tido ni, aku terpikir mana laa aku nak jalan2 pas raya nie.. pikir punya pikir, aii macam byk je tmpt nak pegi nie.. haha... the best thing is, xtaw nak pegi ngan sape.. main plan je... huhu..

ok, antara tempat2 yg telah di 'short listed' kan ialah:

1. mandi manda di sungai sendat, ulu yam..
2. bersuka ria jerit tak hengat di genting highland..
3. ber ice skating sampai tergolek di sunway pyramid..
4. bersalji sampai beku kat i-city
5. lepak2 sambil makan mlm kt ampang look out point
6. bersuka ria lg di bukit merah laketown resort
7. bersenam sampai semput naik bukit broga.
8. boat riding at putrajaya..
9. banana boat + aktiviti pantai kat port dickson/melaka
10. island tour...

haha.. ni da short listed.. agak2 td list aku mesti panjang kan... nak cter pasal g vietnam cam lmbt lg.. so, kita sembang dlm negara dulu.. huhu

tp, xde laa aku nak buat semua ni serentak lepas raya.. mau x berduit aku lepas tu.. pelan2.. huhu.. so, sape nak join aku, angkat tangan tinggi2.. haaa, yg kat blakang sana tu lompat2 skit.. pakcik x nmpk.. haha..

ok, bye..

Sunday, August 14, 2011

luahan hati seorang pengguna pengangkutan awam..

assalamualaikum...

geram ni x abis lg... tu pasal aku nak cter kat blog plak...

alkisah, semalam aku nak bukak puasa kat shah alam.. dengan kawan2... so, pkl 4 aku da gerak dari bukit sentosa... dugaan pertama berlaku kat sini laa.. tetiba kena tukar bas.. bas aku ade masalah... ok,xpe.. sabar lg... ade laa kat stengah jam, baru bas dtg.. pastu terus laa ke rawang...

sampai je rawang, train da ade, trus beli tiket, naik train.. ok laa, org x ramai... pastu sampai laa ke kl sentral... waktu tu da pkl 7 dah... tgk schedule, train ke shah alam 7.05 ptg.. so ok laa kan... tetiba dengar announcement.. lebih kurang macam ni laa...

perhatian kepada penumpang train ke perlabuhan klang, train tidak dapat tiba mengikut jadual sebabkan masalah teknikal.. train tersebut akan tiba dalam masa 25 minit...

pehh, geram gler... bila train delay, penumpang akan makin ramai... tu yg aku x suka train delay nie.. hurm, cakap je 25 minit.. last2 7.40 baru sampai... ok, dah naik train....

dalam perjalanan, lain hal plak jadi.. pintu train xleh bukak kat setia jaya.. pemandu train x prasan... trus je dia jalan.. org dah ngamuk2 nie... sampai kat stesen subang jaya, pintu still xleh bukak.. pehh, mmg abis laa kan... org da ketuk2 bumbung train, nak pecah tingkap... pastu dengar annoucement, train x dpt teruskan perjalanan... semua kena turun kat subang jaya.. turun plak ikot pintu driver... x pasal2 member2 aku kena amek kat subang.. sori korang...

ape yg aku nak cakap kat sini, tlg laa KTM.. korang untung hari2 aku rasa mau ratus ribu.. so please laa.. improve skit train korang.. yg ok tu ok laa... yg x ok nie, patutnya da boleh tukar lain... lg 1, bykkan laa trip utk laluan2 yg korang cover.. bila trip kurang, penumpang akan ramai.. so bila satu-satu trip tu, org akan berasak2... jangan korang tggu ade org mati @ putus tgn kaki sbb tersepit kat pintu coach semata2 nak naik train... please ok..

ok laa.. bye

Thursday, August 11, 2011

dunia baru aku..

assalamualaikum...

esok, genap laa 4 minggu aku menjadi Human Resource Executive kat salah sebuah syarikat automotif di malaysia.. hampir tak percaya yang aku dah bekerja sekarang... tp tu laa, dulu time blajar gedik sgt nak keje.. skrg da keje, baru taw betapa bestnye blajar...

meh laa aku nak cter skit pasal keje aku nie.. aku keje kat department Industrial Relation (IR).. so, sape2 yg penah blajar HR, atau penah keje, mesti tau function jabatan IR ni.. salah 1 jabatan paling horror dalam HR.. kenapa horror??? sbb kat sini laa berlakunya proses tindakan tatatertib, pemecatan, downgrade.. semuanya di IR department..

salah satu dari tugas aku ialah memecat pekerja yang terlibat dengan salah laku.. salah laku ni jangan cter laa... absent ni perkara plg normal skali.. bergaduh, tipu mc, ubah mc, tipu maklumat, mencuri.. semuanya akan dipecat kalau terbukti bersalah... and trust me, it's not easy to terminate people... bila tindakan dikenakan, diorang akan merayu.. dan aku plg takleh dengar kalau ade yg kata dia ada anak2 kecik, ada mak ayah yang dah uzur untuk dijaga... benda2 camni buatkan aku jd kesian...

tp ape aku boleh buat, polisi syarikat mengatakan demikian.. so, aku kena la ikot... first time aku terminate org, minggu lepas.. aku yang menggigil nak bagi surat termination kat org tu... aku pikir cammana laa dia lepas ni.. mana laa dia nak keje kan..

bila cter ngan bos hal ni, dia pon mula laa brainwash aku... bukan ape, dia tkot aku terpengaruh dengan benda2 camtu bila buat keputusan.. so, pelan2 dia buat aku jd hati kering.. nak jd IR exec ni, hati mau kering...

lagi 1, aku kena pahamkan balik employment law... this time, bukan utk exam, utk masa depan aku.. kalau aku x btul2 paham, salah buat keputusan, pastu ade yg bwk kes ke labor office, mmg aku mampos laa kan.. so, kena laa pahamkan btul2 employment law nie..

lg 1, IR ni mmg direct deal dgn union... so, tiap2 bulan akan ade perjumpaan dgn union.. pengalaman yang baik utk aku sbbnye nak deal ngan union bukan senang.. permintaan diorang ni macam2.. so kitorang as a wakil pengurusan, kena bincang dan teliti ape yg diorang mintak..

awal2 aku masuk, xde kes lg.. diorang suh baca previous report je.. bg phm btul2.. minggu ni, ade 5 kes.. amek kau.. haha.. positive dadah, tipu maklumat peribadi (2) dan kes kecurian (2).. kelam kabut aku dibuatnye.. tp apepon, pengalaman yang best utk aku..

harap2 aku dpt kumpul seberapa byk pengalaman yg boleh... insyaAllah..

Monday, August 1, 2011

dugaan hari pertama berpuasa...

assalamualaikum...

hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa... dugaan hari ni, macam2... budak2 dengan laparnya... emak2 kat umah dengan excitednya nak masak macam2 utk juadah... aku?? dugaan hari ni ialah.......... mengantuk!!!

ya Allah, tuhan je taw betapa mengantuknye aku hari ni... da macam kena todi... rekod hari ni, pegi tandas 10 kali... hanya kerana nak basuh muka, kasi fresh skit... da laa meja bos btul2 blakang meja aku... rasanya mesti dia perasan aku asyik terlelap je depan pc... aku punya laa harap ade kes rini... xde laa ngantok sgt... tp harapan je laa...

harap2 esok xde laa ngantok sgt lg camni.. memalukan... huhu

~selamat berbuka~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...