Saturday, July 2, 2011

sekadar ingin berkongsi...

apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri kita..
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..
namun kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya..

ramai orang..
tersalah sangka erti maksud ketenangan dalam hidup...
selalu org mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, kekayaan..
walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
tapi itu bukan segalan-galanya...

betapa ramai org yang berada dalam rumah yang besar...
tidur di atas katil yang empuk..
tetapi lenanya tidak nyenyak...
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..
kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..

ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat...
lauk pauk yang bagus...
tetapi lidahnya tidak enak...
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk..
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya...

kata hamka, lihatlah bagaimana Allah mebahagi-bahagikan nikmat..
semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, makanan yang sedap..
tentulah hidupnya bahagia dan tenang....
... belum tentu!

tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
ianya tidak boleh ditahan oleh mana2 tangan sekalipun...
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
ianya tidak boleh dihulur oleh apa2 tangan sekalipun...

jika Allah uruskan urusan kita..
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...
walaupun sekelip mata..
dunia boleh berbuat apa2...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah..

jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah...
apa yang orang rasa rugi..
Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tak sangka..
tapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan..

kita asyik mengeluh setiap kali dilanda musibah..
manusia apabila hilang suatu benda daripada dunia ini..
kadang2 macam dia hilang segala-galanya...
tapi sedarkah kita...
berapa banyak keperitan hidup yang telah kita lalui..

ketika kita melalui keperitan...
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya...
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita untuk berada dalam keadaan yang baik...

ketika kita ditimpa musibah tertentu...
kita kata, "habislah aku kali ini.."
tapi usia kita telah berjalan...
dan kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini..

ketika kita kata...
"ya Allah tolonglah aku.. ya Allah tolonglah aku.. aku susah ya Allah.."
hari ini.. kita pun telah lupa akan perkataan itu...
dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur...
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah kluarkan kita daripadanya..

pengalaman sering mematangkan kita..
siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya...
orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal... dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal..
bila hati insan bulat kepada ya Rabb..
"ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah..

kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat...
apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat.. dia akan merasa dunia ini sangat kecil..

kehidupan ini sangat luas..
nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim..
pada hari akhirat, Allah bawa manusia paling derita dalam dunia ini..
Allah ambil dia lalu dicelup masuk ke dalam syurga..
dan Allah bertanya kepadanya,
"wahai manusia, adakah kau pernah merasa derita dalam hidup?"
dia berkata "tidak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini.."
hanya kerana masuk syurga sekelip mata, dia lupa cerita derita..

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini...
lalu Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka.. lalu dikeluarkan dia..
"wahai manusia, adakah kau pernah merasa nikmat dalam hidup?"
dia berkata "tidak! aku tak ada pernah nikmat pun dalam hidup ini.."
hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka, dia lupa nikmat dunia..

kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini..
suatu nikmat yang besar..

seorang hamba Allah yang patah kakinya..
dulunya barangkali dia tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak..
tapi apabila satu hari dia sakit kaki..
dia berkata, "ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik.."
dia sedar besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat..

kata Hamka, yang ada ini sudah harapan kita..
bukan salah utk kita mengharapkan yang belum ada.. tetapi jangan lupa apa yang kita ada...
maka, bersyukurlah wahai manusia...

sebahagian para sarjana menyebut...
syukur itu kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar...
ramai orang terpaksa sabar..
tapi belum tentu orang yang dpt nikmat itu bersyukur..

ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMU daripada kurniaanmu..
daripada sesiapa di kalangan hambaMU.. tidak ada daripada sesiapa..
melainkan daripada Engkau wahai Tuhan..
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran..

bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan...
kita akan rasa MasyaAllah hidup ini...
apa yang Allah kurniakan kepada kita..
lebih dari harapan kita sebenarnya..


(petikan dari Ustaz Asri..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...