Wednesday, June 1, 2011

lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum..

assalamualaikum...

title tu aku quote dari novel bagaikan puteri karya Ramli Awang Mursyid.. bg aku, tajuk ini cukop tepat bg menggambarkan entry aku kali nie... kisah kali ni diceritakan sendiri oleh seorang sahabat yang mengadakan program motivasi terhadap sebuah kumpulan di utara tanah air...

**************************************************

azizah (bukan nama sebenar) merupakan seorang peguam yang hebat. kehebatannya terserlah apabila menjadi pendakwa raya dalam satu kes berprofil tinggi dan dalam kes tersebut, beliau telah berjaya dan pesalah tersebut dihukum gantung..

kejayaan itu menyebabkan azizah dikenali ramai.. pada suatu hari, dia telah dipanggil utk menjadi pendakwa raya terhadap satu kes pengedaran dadah di kawasan ibu kota.. pesalah merupakan seorang remaja berusia 20-an.. sebelum prosiding bermula, azizah berjumpa dgn pesalah berkenaan utk mendapatkan keterangannya...

selepas beberapa jam mengumpul keterangan dari tertuduh, dan berdasarkan keterangan tertuduh, azizah membuat kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.. tetapi, beliau terpaksa menjalankan tugas utk membuktikan bahawa remaja itu bersalah..

prosiding pon bermula.. setelah beberapa minggu, mahkamah pun berpuas hati dengan hujah kedua2 belah pihak.. maka, mahkamah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah...

selepas selesai perbicaraan, azizah menemui pemuda berkenaan dan meminta maaf kerana beliau terpaksa melaksanakan kerja tersebut. pemuda itu mengatakan sesuatu kepada azizah..

"saya tahu dan puan pon tahu bahawa saya tidak bersalah dalam kes ini.. tetapi saya redha terhadap ketentuan Allah terhadap diri saya.. dan saya mohon mereka yang menganiaya saya mendapat petunjuk dari Allah"

azizah merasakan jantungnya bagai direntap dengan kata2 pemuda berkenaan.. rasa kesal mula menghantui azizah kerana menerima tawaran kes ini.. akan tetapi, hukuman sudah dijatuhkan.. selang beberapa hari, pemuda berkenaan dijatuhi hukuman gantung dan azizah pun mendapat bayaran atas kerja yang dilakukannya..

Sesuatu yang aneh berlaku.. sehari selepas pemuda itu digantung, azizah menjadi bingung selepas bangun pg.. dia lupa siapa diri dia.. dia tak tahu jalan utk ke pejabat, tak kenal anak2 dan suami.. dia seolah2 lupa ingatan... yang hanya di ingatan dia, wajah pemuda berkenaan..

hari demi hari, dia mula mendapat kembali ingatannya.. namun, dia telah dipecat dari firma guamannya kerana gagal memberikan komitmen.. akhirnya dia mengambil keputusan utk pulang ke kampung dan menjual cucur udang..

**************************************************

ketika sesi program motivasi berkenaan, beliau menceritakan kisah hidupnya kepada semua peserta.. dan fasilitator bertanyakan sama ada beliau masih ingat lg ilmu peguam beliau... dan beliau mengakui yang beliau telah pulih sepenuhnya dan mengingati ilmu peguam tersebut. namun, azizah memilih utk bersara terus dari dunia guaman.. cukuplah dia tersalah hukum seorang remaja.. dia tidak mahu lg kejadian yang sama berulang sekali lg...

p/s: semoga menjadi iktibar kepada kita..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...