Sunday, June 19, 2011

jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung...

assalamualaikum...

lately nie, kita dikejutkan dengan laungan daripada pihak2 tertentu yang ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran... alasan yang diberikan adalah untuk menuntut sistem pilihanraya yg lebih telus... seperti yang dijangka, ramailah anak2 muda yang majoritinya melayu dan islam menyertai perhimpunan ini... mereka ini telah didoktrinkan secara sukarela untuk membenci kerajaan dan menjadi alat utk kepentingan individu dan pihak2 tertentu...

kawan2 sebangsa dan seagama denganku...

dalam masa anda semua menanam sikap bencikan kerajaan yang kononnya mereka ini tidak adil, cubalah pikirkan sejenak tentang apa yang telah kerajaan berikan kepada anda dari anda bayi lagi, sehinggalah ke hari ni... semenjak bayi, kerajaan telah memberikan suntikan imunisasi kepada anda secara berkala TANPA sebarang bayaran... anggapkan RM1 yang dibayar oleh ibu bapa kita sewaktu pendaftaran itu sebagai amal jariah..

apabila memasuki alam persekolahan, kita dibekalkan dengan skim pelajaran yang pelbagai.. kita dibekalkan dengan buku teks yang harganya mampu mencecah ratusan ringgit kalau ingin membelinya sendiri.. generasi sekarang pula tidak perlu membayar lagi utk menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan SPM.. tidakkah anda lihat perkara2 ini...

banyak lg sebenarnya sumbangan kerajaan kepada kita secara individu mahupun kelompok masyarakat... apa yang ingin ditekankan di sini, dalam kita melihat dan mencari sisi hitam pihak kerajaan, kenangkanlah kembali apa yang telah kita terima dari kerajaan...

masyarakat sedar, kedua2 pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang melakukan kesalahan secara terang-terangan mahupun tidak sengaja.. namun, kita sebagai rakyat, perlu memilih kumpulan manakah yang membawa mudaratnya lebih ringan terhadap tindakan yang diambil.. janganlah kita menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, mengikut dan menurut tanpa berfikir secara waras dan rasional...

kepada pihak tertentu, janganlah mengikut tari pihak lawan sehingga anda juga menunjukkan kebodohan diri sendiri melakukan perkara yang sama seperti mereka... berfikirlah secara waras..

ok, bye...

nota kaki: ini merupakan pandangan peribadi penulis tanpa dipengaruhi mana2 pihak...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...