Wednesday, June 29, 2011

kan dh kena btg idung sendiri..

assalamualaikum...

alkisahnye, kawan aku sekor nie.. dia ni budak u kat selatan semenanjung malaysia.. waahh, dulu bukan main lg kutok aku bila aku blajar kat uitm.. xdak standard laa, macam sekolah asrama penuh laa.. (sbb soalan exam sama je 1 malaysia..).. aii, macam2 lg laa dia kutok..

last2, adik dia sendiri masuk uitm... haha.. pe lg, aku tepek laa dia...

"hai der, adik hg masuk u xdak standard, xpa ka??"

haha.. mmg aku gelak kuat2 laa kan.. moral of the story, jangan kutok2 org sangat.. skrg ni Allah byr cash... hari ni kita kutuk org, esok lusa benda yg kita kutuk tu akan sampai kat kita... yg penting, kita hormat sesama manusia ok.. huhu


ok, bye...

Saturday, June 25, 2011

ingin ku gapai, tapi tak kesampaian..


assalamualaikum...

lately nie, aku macam moody skit... ape laa nasib aku nie... ibarat dah ada kunci umah, dah ade geran, tp umah xde CF.. xleh nak duduk lg... haa, camtu laa nasib aku... aku dah puas usaha, buat habis baik.. tp jawapan yang diterima, aku terlewat 3 hari... hurmm..

aku redha dengan ujian nie.. walaupun dalam keredhaan tu, terselit rasa marah, terkilan, tak puas hati.. tp nak buat cammana kan... kadang2 aku terpikir, kebahagian ni cukup jauh dari hidup aku.. ada saja halangan datang... dari zaman sekolah, masuk u, sampai laa skrg... jeles dgn kawan2 yg flow hidup dia cukup lancar...

aku harap semua ni akan buat aku lebih tabah.. harap2 ade hikmah semua ni jadi kat aku..


Sunday, June 19, 2011

jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung...

assalamualaikum...

lately nie, kita dikejutkan dengan laungan daripada pihak2 tertentu yang ingin mengadakan demonstrasi besar-besaran... alasan yang diberikan adalah untuk menuntut sistem pilihanraya yg lebih telus... seperti yang dijangka, ramailah anak2 muda yang majoritinya melayu dan islam menyertai perhimpunan ini... mereka ini telah didoktrinkan secara sukarela untuk membenci kerajaan dan menjadi alat utk kepentingan individu dan pihak2 tertentu...

kawan2 sebangsa dan seagama denganku...

dalam masa anda semua menanam sikap bencikan kerajaan yang kononnya mereka ini tidak adil, cubalah pikirkan sejenak tentang apa yang telah kerajaan berikan kepada anda dari anda bayi lagi, sehinggalah ke hari ni... semenjak bayi, kerajaan telah memberikan suntikan imunisasi kepada anda secara berkala TANPA sebarang bayaran... anggapkan RM1 yang dibayar oleh ibu bapa kita sewaktu pendaftaran itu sebagai amal jariah..

apabila memasuki alam persekolahan, kita dibekalkan dengan skim pelajaran yang pelbagai.. kita dibekalkan dengan buku teks yang harganya mampu mencecah ratusan ringgit kalau ingin membelinya sendiri.. generasi sekarang pula tidak perlu membayar lagi utk menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan SPM.. tidakkah anda lihat perkara2 ini...

banyak lg sebenarnya sumbangan kerajaan kepada kita secara individu mahupun kelompok masyarakat... apa yang ingin ditekankan di sini, dalam kita melihat dan mencari sisi hitam pihak kerajaan, kenangkanlah kembali apa yang telah kita terima dari kerajaan...

masyarakat sedar, kedua2 pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang melakukan kesalahan secara terang-terangan mahupun tidak sengaja.. namun, kita sebagai rakyat, perlu memilih kumpulan manakah yang membawa mudaratnya lebih ringan terhadap tindakan yang diambil.. janganlah kita menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, mengikut dan menurut tanpa berfikir secara waras dan rasional...

kepada pihak tertentu, janganlah mengikut tari pihak lawan sehingga anda juga menunjukkan kebodohan diri sendiri melakukan perkara yang sama seperti mereka... berfikirlah secara waras..

ok, bye...

nota kaki: ini merupakan pandangan peribadi penulis tanpa dipengaruhi mana2 pihak...


Friday, June 17, 2011

alhamdulillah.. akhirnya...

assalamualaikum....

syukur, akhirnye aku abis jugak degree nie.. rasa lega sgt2... 2 tahun, rasa cpt sgt masa berlalu... kepada rakan2 sepejuangan, tahniah atas kejayaan kita semua.. jumpa time konvo nnt ok...

5 tahun belajar, macam2 kenangan aku ada... macam2 benda aku blajar.. terima kasih kepada UiTM kerana memberi peluang utk aku dan kawan2 menimba ilmu.. dan sejujurnya, aku bangga jadi produk uitm...

terima kasih yang x terhingga kepada mak dan ayah sbb sanggup menanggung pengajian aku selama 5 tahun.. tak terbalas aku dengan segala pengorbanan mereka utk aku belajar hingga ke peringkat ini..

terima kasih jgk kat pensyarah2 yang mengajar dari diploma sehingga degree... mohon dihalalkan ilmu dan tunjuk ajar tuan puan kepada sy... semoga ilmu2 itu dapat dipraktikkan bila kerja nnt..

dan, aku ingin ucapkan terima kasih sgt2 kat kawan2 yg selalu support aku, bg nasihat, buat jahat sama.. hehe.. PIC, G1o, housemate, classmate.. korang mmg sempoi abis.. jangan lupa kenangan2 kita bersama2 ok...

so, the next agenda is utk kerja plak.. harap2 jadi laa bulan 7 nie..

ok, bye...

Thursday, June 9, 2011

mujur laa ade blog..

assalamualaikum....

lately nie, aku selalu je update blog.. suka btol bercerita kat blog nie.. kalau laa dia bole respon ape yg aku carutkan kat sini, mesti best... mau jadi besfren aku nie.. hehe

kekadang tu, terlintas kat hati ni nak share something dgn besfren, borak2, minta nasihat.. tp bila pikir2 balik, ntah2 diorang pon ade masalah jgk ke... lg nak susahkan diorang dgr cter2 aku nie kan..

tq encik blog sbb sudi dengar aku ngomel2 kat sini... bestfren forever bro...

Monday, June 6, 2011

fikir-fikirkan...

assalamualaikum...

kali ni aku nak share something utk kita semua berfikir.. bukan utk org lain, utk diri aku sendiri..

Betapa besarnya nilai wang kertas RM10 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi
betapa kecilnya kalau dibawa ke pusat membeli belah untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya menghadap Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita menonton televisyen.

Betapa sukarnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau bersembang atau bergosip dengan rakan.

Betapa asyiknya apabila menonton rancangan / konsert hiburan namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur’an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel yang laris.

Betapa sukanya orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 30 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sukarnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk hadirkan diri di tempat solat ; namun betapa mudahnya untuk hadir awal ketika menghadiri sesuatu majlis yang digemari.

Betapa sulitnya untuk mempelajari maksud yang terkandung di dalam al qur’an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi cerita yang sama kepada orang lain.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.


sumber : www.mindvision.com.my

Sunday, June 5, 2011

Melayan perasaan.. tension.. tension




Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

Friday, June 3, 2011

kisah sebuah persahabatan..


assalamualaikum...

kali ni, aku nak cerita tentang kisah persahabatan kami.. kisah persahabatan yang mengubah kehidupan aku... mereka2 ni merupakan the real housemate aku.. yang bertahan selama setahun di rumah sewa kami..

kami semua berasal dari 4 negeri berbeza.. aku dari kedah, labest dari n9, midon dari selangor, & sukor dari melaka... masing2 membawa budaya yang berbeza.. tp ada 1 perkara yang menyatukan kami, iaitu masing2 kepala gla2 dan saling bertolak ansur antara 1 sama lain..

kami penah menghadapi saat2 konflik dalam rumah sewa kami bila ada "anasir2 jahat" cuba memporak-porandakan hidup kami semua.. akhirnya, kami bersepakat utk tinggal berempat walaupon terpaksa membayar sewa rumah yang lebih..

sebenarnya, banyak kisah yang kami kongsi bersama.. kami penah ketandusan duit poket.. waktu tu, semangat persahabatan kami diuji.. masing2 tak pernah berkira.. sape yang ade dulu duit, dahulukan.. pegi tesco sama2, beli barang dapur, lepas tu masak.. hari2 makan sambal.. isi je tukar.. kadang2 ayam, ikan bilis, ikan sardin, kentang goreng... mmg meriah waktu tu..

bila ade duit skit, kitorang kuar makan luar... bila lepak ni, xde benda lain nak diborak.. pusing2, pasal "anasir2 jahat" tu.. haha.. nak buat cammana kan, cter pasal diorang gak yg best..

aku ingat lg waktu bulan puasa.. kitorang g bazar sama2.. juadah wajib, mesti karipap makcik "singgah lerr".. tu sorang 3 biji belum tentu cukop.. haha.. nak tukar selera skit, beli sup kat kedai sup utara.. labest cukop layan sup nie.. kenangan btol semua ni kan...

paling xleh lupa, tiap2 mlm sabtu kitorang mesti pegi pasar malam kat bachang.. kecik je pasar mlm tu.. tp ade sentimental value kat kitorang...

lain2 hal yang buatkan aku rindu diorang nie:

1. sarapan pg, cuma ade 2 pilihan je.. kalau x aku belikan sarapan utk 1 rumah, kitorang sarapan kat kedai abg umar..

2. kitorang sllu layan movie kat bilik tgh.. pastu mesti ade jajan... kopok ke, kacang ke, air 'do the dew' ke... mmg layan weyh...

3. bila dtg hari rajin kitorang, masing2 otomatik kemas umah, cuci lantai, basuh bilik air.. kalau dtg malas tu, pinggang pon xnak basuh.. haha

aku dah xleh nak cter lebih2.. nnt jadi tacing.. rindu sangat kat 3 ekor nie.. rindu nak lepak skali, g pasar mlm sama2, beli barang dapor kat tesco...






korang, jangan lupakan aku eh...

Thursday, June 2, 2011

kenangan itu masih terngiang2 di ingatan...

assalamualaikum...

dah lama aku x rasa feeling macam nie... feeling yg syahdu bila balik dari satu2 program.. last skali aku rasa feel camni waktu diploma part 4.. waktu tu kitorang g kursus PMMS kat pendang...

kali ni, feel tu dtg lg lepas aku balik dari kuantan.. aku still teringat kenangan2 kat sana... segala konflik, kemesraan, ketegangan, gurau senda... semua itu membuatkan aku rasa seminggu di kuantan sangat cepat berlalu..

mungkin, ade something yang tertinggal di kuantan tu.. (apekah??).. huhu.. bak kata haris, kurang2 seminggu 2 jgk laa kita berborak pasal hal nie.. pastu senyap gtu je...

p/s: safety leadership kat PD bulan 7 nie jd ke?? hehe

Wednesday, June 1, 2011

lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum..

assalamualaikum...

title tu aku quote dari novel bagaikan puteri karya Ramli Awang Mursyid.. bg aku, tajuk ini cukop tepat bg menggambarkan entry aku kali nie... kisah kali ni diceritakan sendiri oleh seorang sahabat yang mengadakan program motivasi terhadap sebuah kumpulan di utara tanah air...

**************************************************

azizah (bukan nama sebenar) merupakan seorang peguam yang hebat. kehebatannya terserlah apabila menjadi pendakwa raya dalam satu kes berprofil tinggi dan dalam kes tersebut, beliau telah berjaya dan pesalah tersebut dihukum gantung..

kejayaan itu menyebabkan azizah dikenali ramai.. pada suatu hari, dia telah dipanggil utk menjadi pendakwa raya terhadap satu kes pengedaran dadah di kawasan ibu kota.. pesalah merupakan seorang remaja berusia 20-an.. sebelum prosiding bermula, azizah berjumpa dgn pesalah berkenaan utk mendapatkan keterangannya...

selepas beberapa jam mengumpul keterangan dari tertuduh, dan berdasarkan keterangan tertuduh, azizah membuat kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.. tetapi, beliau terpaksa menjalankan tugas utk membuktikan bahawa remaja itu bersalah..

prosiding pon bermula.. setelah beberapa minggu, mahkamah pun berpuas hati dengan hujah kedua2 belah pihak.. maka, mahkamah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah...

selepas selesai perbicaraan, azizah menemui pemuda berkenaan dan meminta maaf kerana beliau terpaksa melaksanakan kerja tersebut. pemuda itu mengatakan sesuatu kepada azizah..

"saya tahu dan puan pon tahu bahawa saya tidak bersalah dalam kes ini.. tetapi saya redha terhadap ketentuan Allah terhadap diri saya.. dan saya mohon mereka yang menganiaya saya mendapat petunjuk dari Allah"

azizah merasakan jantungnya bagai direntap dengan kata2 pemuda berkenaan.. rasa kesal mula menghantui azizah kerana menerima tawaran kes ini.. akan tetapi, hukuman sudah dijatuhkan.. selang beberapa hari, pemuda berkenaan dijatuhi hukuman gantung dan azizah pun mendapat bayaran atas kerja yang dilakukannya..

Sesuatu yang aneh berlaku.. sehari selepas pemuda itu digantung, azizah menjadi bingung selepas bangun pg.. dia lupa siapa diri dia.. dia tak tahu jalan utk ke pejabat, tak kenal anak2 dan suami.. dia seolah2 lupa ingatan... yang hanya di ingatan dia, wajah pemuda berkenaan..

hari demi hari, dia mula mendapat kembali ingatannya.. namun, dia telah dipecat dari firma guamannya kerana gagal memberikan komitmen.. akhirnya dia mengambil keputusan utk pulang ke kampung dan menjual cucur udang..

**************************************************

ketika sesi program motivasi berkenaan, beliau menceritakan kisah hidupnya kepada semua peserta.. dan fasilitator bertanyakan sama ada beliau masih ingat lg ilmu peguam beliau... dan beliau mengakui yang beliau telah pulih sepenuhnya dan mengingati ilmu peguam tersebut. namun, azizah memilih utk bersara terus dari dunia guaman.. cukuplah dia tersalah hukum seorang remaja.. dia tidak mahu lg kejadian yang sama berulang sekali lg...

p/s: semoga menjadi iktibar kepada kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...