Friday, February 25, 2011

jangan buat orang yang menyintai kamu kecewa..

entry kali ini diambil dari facebook azizi mumaz




1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besarINBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




Thursday, February 24, 2011

Cinta memerlukan sebab???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Wednesday, February 23, 2011

takmo sedih-sedih...

assalamualaikum...

hurm, 2 3 hari nie, lepas balik dari kl, aku agak moody skit.. nak cakap pon malas, buat keje pon x bertegur sapa dengan orang, g minum pon sorang-sorang... semuanya punca 'kejadian' itu...

tp bila pikir2 balik, ape laa nak sedih2 kan... past is past aswad.. buat cammana pon, benda tu xkan patah balik kat hg...

so, mulai saat ini, aku nak jadi macam biasa.. bole gelak2, kuar minum ngan budak opis, balik umah bole sembang2 ngan mak... xmo sedih2 dah.. buang karan je...

sekarang ni, baik aku pikirkan hal masa depan aku.. praktikal da nak abis... keje da kena cari.. huhu..

ok, bye..

Tuesday, February 22, 2011

hepi belated besday...


hepi belated besday syg...
sedar x sedar, dah 2 tahun kita bersama2...
kau masih setia menemani aku...
mendengar keluhan hati aku...
berkongsi kegembiraan dengan aku...
dan hanya kau yang betul2 paham tentang perasaan aku..

sori syg...
aku xde apa2 hadiah utk ulang tahun kedua kau...
tp apa yang aku harapkan...
kau sudi menemani aku hingga ke akhir hayat aku...




hepi besday... khairiaswad.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

bilakah hati ni akan aman...

hati...
keresahan dan kemurungan selalu menyelubungi hati nie...
menyebabkan aku terasa hilang semangat...
kenapa keresahan dan kekacauan x pernah berhenti mengejar aku...
tak cukup kah apa yang aku alami selama nie...

aku impikan kehidupan seperti orang lain...
tu je...

keletihan yang berbaloi..


assalamualaikum...

aku baru je sampai sungai petani, dari KL.. penat gler 2,3 hari nie... macam yang aku cterkan kat entry lepas, aku terpilih utk pegi ke final selection for PEP37... 2 hari 1 malam di ILSAS, mmg pengalaman yang sangat berharga.. kami diuji dari pelbagai aspek.. dan ketahanan mental dan fizikal sangat penting... dan alhamdulillah, aku rasa aku dah berikan yang terbaik... ape yang aku lakukan selama 2 hari kursus, itulah diri aku yang sebenar... dan aku berharap sangat2, aku terpilih utk menjadi eksekutif TNB..

sedikit info, kami seramai 361 orang merupakan mereka yang terpilih dari 7000 lebih permohonan.. selepas 2 kali saringan, maka yang hadir semalam kompom2 laa hebat2.. dengan kepetahan berhujah, idea2 yang sangat bernas, masing2 telah memberikan yang terbaik, termasuk aku... sekarang ni, aku hanya mampu berserah dan berdoa.. semoga rezeki memihak kepada aku.. doakan ye kawan2...

lepas abis kursus, aku ke KL utk melawat besfren aku yg eksiden.. thanks to effa sbb sudi ambil aku kat ILSAS dan tlg belikan dulu tiket bas aku.. i'm really appreciate it... tq so much.. malam tu, kitorang berkumpul ramai2 di rumah kakak syafiq.. sambil menziarah yang sakit nie, bole berjumpa dengan member2 lain, yg da lama x jumpa.... suasana mmg meriah.. bergurau, gelak ketawa, masih x berubah, macam zaman diploma dulu.. hehe...

reunion...


thanks to all my friends, mak su dan pak su, dan semua2 laa yang sudi membantu aku selama nie... jasa baik korang, hanya Allah yang mampu balas...

take care, bye..

p/s : malu gler bila perkenalkan diri, pastu orang cakap "ooo, ko laa yg tulis blog pasal interview TNB kan.. bgus2..."

Sunday, February 13, 2011

Hanya padaMU ya Allah aku panjatkan rasa syukur ku...

assalamualaikum...

first of all, aku nak cakap yg aku rasa hepi sgt.. penat keje di pejabat hari ni hilang di bawa angin bila email yg ditunggu2 akhirnye dapat... ya Allah, rasa macam nak menangis.. aku mmg mengharapkan email ni.. dan akhirnya Allah makbulkan doa aku... nak taw email ape??


We are pleased to invite you for the 3rd stage of selection process, Selection of PEP through Competency Experiential Learning (SPECIAL), of which previously known as COGA, for the intake of Executive Training Program (PEP 37) at Tenaga Nasional Berhad.

Details of SPECIAL are as follows:

Date

:

19th February 2011 @ 7.45am until

20th February 2011 @ 2.00pm

Venue

:

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS)

Jalan Kajang-Puchong

Selangor Darul Ehsan

Overall Program of SPECIAL

:

Please refer to the attachment

Candidates are highly advised to do the following:

1. To arrive 5 minutes before 7.45 am on the 19 February 2011

2. To have your breakfast before you come for the program

3. To pack appropriately for the overall program. Please bear in mind that this is a formal program except for the sport activity and night activity

Any request of changing the date of the program or coming late for the program for any reason, will not be entertained. Since foods and accommodations during the program will be borne by TNB, a 2-year ban will be imposed if candidates fail to attend the program.



email ni merupakan keputusan daripada technical interview 2 mggu lepas.. dan aku layak utk pegi ke final stage, which is COGA.. COGA ni merupakan final stage before kami terpilih menjadi peserta PEP37..

kawan2, doakan aku berjaya aku final stage nie ye..

Tuesday, February 8, 2011

kemalasan melanda...

assalamualaikum...

lately ni aku rasa malas sgt2... malas nak tulis thesis, malas nak pegi keje, malas nak download movie.. semua benda aku jadi malas... nak update blog pon malas...

padahal macam2 cerita nak share.. pasal aku g interview perodua, g mandi sungai sandat, pusing2 KL, cerita kat pejabat, kerenah pelanggan... byk sebenarnye nak share.. tp sebabkan malas, aku xde mood nak cter semua2 tu.. nnt laa ek aku cerita..

so, ceria2kan hari anda... jangan malas2 cam aku.. ok bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...