Sunday, July 18, 2010

marah anak biar berpada... ( wajib baca..)

terkesima...

itu yg aku bole katakan bila membaca kisah ini...

kisah yang bole dijadikan teladan utk semua pihak...
jom baca...

"sepasang suami isteri - seperti pasangan di kota-kota besar lain

meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja

anak tunggal pasangan ini

seorang perempuan berusia tiga setengah tahun

bersendirian di rumah

dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja

bermain di luar

tetapi pintu pagar tetap dikunci

bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya

ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya

suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat

dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya

tetapi kerana diperbuat daripada marmar

lakarannya tidak kelihatan

dicubanya pada kereta baru ayahnya

kerana kereta itu bewarna gelap

lakarannya jelas

apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya

hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan

penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta

dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya

kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah

pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik

si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar

dia juga beristighfar

mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis majikannya

sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?"

herdik si isteri lagi

si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik

dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"

menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu

si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya

terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya

si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan

puas memukul tapak tangan

si ayah memukul pula belakang tangan anaknya

si ibu cuma mendiamkan diri

mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan

pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa

si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya

selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu

pembantu rumah menggendong anak kecil itu membawanya ke bilik

dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar

pembantu rumah memandikan anak kecil itu

sambil menyiram air dia menangis

anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-calar itu terkena air

si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu

si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah

keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak

pembantu rumah mengadu

"Sapukan minyak gamat tu!" balas majikannnya, bapa si anak

pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu

si bapa konon mahu mengajar anaknya

tiga hari berlalu

si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu

tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah

"Ita demam... " jawab pembantunya ringkas

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu

sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya

apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu

masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu majikannnya bahawa suhu badan Ita terlalu panas

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu

sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik

doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius

setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong

kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor

si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu

terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan

si ibu meraung merangkul si anak

dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya

si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan
keluar dari bilik pembedahan

selepas ubat bius yang dikenakan habis

si anak menangis kesakitan

dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih

direnung muka ayah dan ibunya

kemudian ke wajah pembantu rumah

dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis

dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."

katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah

sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu

bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya

meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi

tiada manusia dapat menahannya "


sedih kan...

kesimpulannya, nilai sebuah kasih sayang bukan terletak kepada kebendaan atas dunia nie.. tetapi terletak di hati kita...

bye....

final year akhirnya menjelma...

haha...
as usual laa, title nak gempak je.. (gempak ke derr... )
apepon, this is my final year...
n consider my final semester...
sbb pe??
next sem da praktikal... so xde dah nak masuk kelas...
masa utk merasai alam pekerjaan sebenar...

n hopefully dis semester akan berakhir dengan ceria...
aku xmau sem akhir ni dipenuhi dengan tragedi2 'berdarah'...
penat pk suma tu...

kpd suma kawan2 aku..
selamat berjaya menempuh semester akhir nie sebelum praktikal...
semoga kita semua suksess... insyaAllah...

ok, bye

Saturday, July 17, 2010

assalamualaikum...

lama x update blog nie.. ekceli byk sgt2 benda yg aku nak share.. tp rasa malas ni cukop menebal.. kepenatan intersesi + mds + mps masih terasa....

tgk kawan2 ade entry baru, tingin nak buat entry baru.. baru buat title, da malas... lgsg logout.. haha....

insyaAllah... klu ada kelapangan, aku akan update dari semasa ke semasa... tp semua tu entry tertunggak.. hehe..

ok, gtg... bubye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...