Monday, April 27, 2009

~DOA BUAT SAHABAT~

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Monday, April 20, 2009

ADAKAH...??

Adakah ini jawapan yang aku nanti2 selama ini...
aku x pasti...
takot kalau2 suma ini hanya kebetulan...
aku terkesima...
tak pasti apa yang bermain dalam fikiranku...
suka, takot, teruja...
suma bercampur aduk...

ya Allah...
kau berikanlah hambamu yang lemah ini kekuatan..
andai benar ini merupakan takdir diriku yang telah Kau tetapkan..
aku redha ya Allah...
kerana Kaulah yang Maha Mengetahui...
apa yang terbaik buat diriku...

Sunday, April 19, 2009

CORETAN AWAL PAGI...

jam sekarang pkl 4... aku still xleh nak pejam mata... dan tanpa disuruh2 otak aku melayang... memikirkan pelbagai perkara yang telah dan bakal aku alami.. tetiba aku teringat ayah yang mengalami eksiden hari rabu lepas.. ayah, ayah dah sihat ke?? along doakan ayah cepat sembuh..

lepas tu, 1 demi 1 wajah mereka yang pernah hadir dalam hidup ini singgah di khayalanku.. aku tersenyum bila memikirkan selama aku hidup ini, banyak manusia aku dah jumpa.. macam2 ragam mereka yg menjadikan mereka berbeza dgn cara masing2..

aku bersyukur dengan kenangan2 dan pengalaman yang telah aku tempuhi selama 20 tahun 7 bulan aku bernyawa di bumi Allah ini.. kenangan dan pengalaman yang mengajar aku erti hidup yang sebenar.. aku pernah melalui saat2 yang membuatkan aku hampir tersungkur menyembah bumi.. namun aku syukur, aku ada mak, ayah dan kawan2 yang tak pernah biarkan aku sorang2.. aku bersyukur sgt...

tanpa aku pinta, dtg 1 wajah yang bermakna hidup aku.. aku tak pernah terfikir akan hadir insan seperti dia dalam hidup aku.. tp inilah yg dinamakan takdir Allah.. pasti ada hikmah aku dipertemukan dengan insan sebaik dia.. dia yang ceria, x lekang dengan senyuman, buatkan aku teringat kat dia.. aduh, ape dah jadi dgn aku nie.. haha.. gila bayang?? xde laa sampai tahap camtu.. aku masih boleh berfikir dengan waras lagi...

apepon, aku doakan dia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan selamat hidup dunia dan akhirat.. semoga Allah merahmat€i hidup kamu, kawanku...

Thursday, April 16, 2009

-KENAPA..??-

hidup nie kadang kala...
banyak yang perit dari yang manis..
tp kompom2 laa kita xmo yang perit..
kalau boleh...
suma yang jadi kat dalam hidup nie...
nak sweet ja...
xmo tension2...
tol x??
tp x suma angan2 kita tu jadi kenyataan...
kadang kala kita disalahkan atas perkara yang kita x buat...
ape kes??
aii, pening2...
betol laa apa yang orang cakap...
kalau pk nak jaga hati suma org kat keliling kita...
hati kita nak campak mana??
kalau ada tong kitar semula kaler merah utk hati..
leh laa campak situ...
ni xde!
so, pahit ke, manis ke, suam2 kuku ke...
kita kena hadapi...
peduli je cakap2 org...
diorang bukan tau diri kita..
kita lebih paham sapa diri kita...

Monday, April 13, 2009

DEBARAN...

debaran kian terasa...
7 hari dari sekarang...
final exam akan bermula...
jadual aku :-
20/4 - ISB 350 : Islamic Banking System
23/4 - FIN 364 : Lending
29/4 - FIN 320 : Financial Analysis
3/5 - FIN 366 : Specialized
8/5 - FIN 360 : Legal

to all my friends, wish you good luck and all the best...

Saturday, April 11, 2009

TENTANG KAMI...




bersama mereka nie....

banyak kenangan aku tercipta...

walaupon kami berlainan program...

syafiq, anna, faiz : Diploma in Business Studies

effa & wiwie: Diploma in Public Administration

aku?? : Diploma in Banking (mana dtg sesat sorang dib nie..)

tp persahabatan x menilai semua itu...

kejujuran, keikhlasan...

itulah element penting dalam sebuah persahabatan...

Thursday, April 9, 2009

MOOD - Tacing

walaupon silibus dah abis
tp still ada kelas pg td..
demi mendengar amanat terakhir...
kami gagahkan diri pegi gak...
lepas abis kelas isb, kami suma cepat2 pegi kelas ob...
join dengan budak2 ob & dengar amanat puan azfa...
ntah cammana...
tgh2 cakap..
tetiba dia berenti..
nampak dia sebak sangat...
waktu tu nampak dah budak2 pompuan...
sorang2 gugur air mata..
jadi sayu jer kelas tadi...
pastu sesi bergambar....
abis jer bergambar,
suma siswi bersalam ngan puan azfa...
lagi skali air mata gugur..
maybe hubungan diorang ngan puan agak close..
so terasa sangat bila nak berpisah...
thanks puan sbb ajar kami..
even this sem ade yang amek isb...
tp kami still rasa macam puan ngajar sem nie..
thanks for everythings...

p/s: kepada suma pemilik kamera, nnt share laa gambar ehh.. nak buat kenangan suma tu..

Wednesday, April 8, 2009

SELESAI..

akhirnye, silibus diploma aku habis...
kejap jer 3 taun kan..
lepas nie prepare nak final exam..
harap2 aku dapat jwb ngan jayanya.. huhu
apepon, 2 mggu terakhir nie mmg memenatkan..
terkejar sana sini...
tido x cukop...
apepon..
suma tu jadi kenangan sepanjang buat diploma kat kedah...
degree??
hmm, xtau laa kat mana nak tercampak nie..
harap2 dapat melaka..
cari angin baru.. huhu
kepada suma kawan2...
selamat berjuang di medan final...
good luck!

Monday, April 6, 2009

-MUNGKINKAH TERJADI-

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harus ku memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

p/s: aku dalam khayalan.. huhu

Sunday, April 5, 2009

ADA LAGI YANG NAK MARAH AKU!!??

HAH, SAPA LAGI NAK MARAH AKU??
ADA LAGI YANG TAK PUAS HATI??
BAGITAU AKU!!
PUASKAN HATI KORANG!!
MEMANG AKU NI JAHAT!!
SELALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!
MANA YANG ADA TERPENDAM DALAM HATI TU..
JANGAN SIMPAN!!
MARAH JA KAT AKU NIE!!
KORANG SUMA PERFECT KAN!!
AKU X KISAH!!
TAPI INGAT!!
JANGAN MELUDAH KE LANGIT..
NANTI KENA KE MUKA SENDIRI!!

p/s: aku benci orang berlagak pandai.. macam suma keja dia yang buat.. shit!!

Saturday, April 4, 2009

AKHIRNYA..

Huhu...
akhirnye jadik gak aku ngan kengkawan pegi bukit hijau..
best!!
nak plak yang pegi suma sporting jer...
paling best part bbq...
dengan hujan plak..
kejap pindah atas bukit kat bawah khemah...
pastu turun balik kat tepi sungai...
pindak plak kat bawah batu besar..
haha..
papepon, mmg best...
credit to faiz sbb ayam bakar tu sedap sangat...
abis makan kitorang main game..
as usual, faiz laa menang...
kenangan paling manis sepanjang aku kat uitm kedah...
ntah bila laa nak jumpa balik ngan kawan2 yang sporting camni...
kepada wiwi, effa, faiz, syafiq, ana, iza, shima & rafik...
semoga suma nie menjadi kenangan terindah kita semua..

p/s : kesyahduan melanda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...