Friday, April 6, 2012

kenangan manis dari outwourd bound malaysia lumut. part 1


assalamualaikum...

da lama aku tak update blog nie.. bukan sengaja taknak update, tp sibuk dengan kerja yang sampai ke malam.. dan sekarang aku sibuk dengan outstation.. meeting, kursus, bengkel..

kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku & kawan2 sepanjang seminggu kami di outwourd bound, lumut. bagi aku, ini adalah pengalaman paling berharga kami kerana di sinilah kami mengenal erti persahabatan, kerjasama, semangat berkumpulan dan tidak mengenal putus asa.


kami tiba di obm hari sabtu 10 mac. kami diberikan penerangan ringkas tentang apa yang akan
berlaku sepanjang 7 hari kami kat obm. kemudian semua peserta diminta memberikan hp masing2 untuk disimpan sepanjang program dan akan diberikan semula pada hari terakhir kursus. aktiviti yang pertama kami ada ice breaking untuk mengenali antara 1 sama lain. dan hari pertama berlalu dengan agak tenang.



cabaran bermula di hari kedua. kami bermula dengan senaman pagi. kemudian, kami mula berlatih untuk berkayak. kami diajar teknik kayak yang betul dan apa yg perlu dilakukan sekiranya kayak kami terbalik semasa ekspedisi. kami juga diajar tentang isyarat2 yang perlu diberi perhatian sepanjang ekspedisi nanti.

selepas tamat sesi latihan, kami diberikan penerangan ringkas tentang ekspedisi kali ini. kami akan berkayak dari obm hingga ke pantai syawal sejauh 10km. ekspedisi makin mencabar bila kami perlu berkayak dalam keadaan melawan arus dan dibawah terik matahari.



selepas selesai sesi penerangan, kami mula membuat persiapan.. peralatan seperti peralatan memasak, kain khemah (tent sheet) dan lain2 barang keperluan.. kemudian, kami berkumpul di pantai untuk mendengar taklimat terakhir... selepas itu, doa dibaca & ekspedisi kami bermula...

perjalanan kami memang mencabar... ada yang muntah2 akibat mabuk laut, kekejangan otot akibat kayuhan tanpa henti untuk menggerakkan kayak. namun semua itu tidak mematahkan semangat kami... dan selepas 4 jam berkayak, akhirnya kami tiba di pantai syawal...



kami kerkhemah di persisiran pantai syawal... kami memasak bersama, berbual dan mengenali lebih dekat rakan2 seperjuangan... pada malam itu, jurulatih mengadakan sesi perkongsian pengalaman sepanjang perjalanan tersebut... dan semuanya yakin, bahawa kami boleh melakukan dengan lebih baik untuk perjalanan pulang ke OBM...

keesokkan hari, kami bergerak seawal 7.45 pagi... ini kerana air masih tenang dan kami akan berkayak mengikut arus... dan dalam masa 3 jam, kami tiba di pantai OBM... jurulatih mengucapkan tahniah kerana formasi kami menjadi semasa perjalanan pulang ke OBM...

sememangnya kursus kali ini benar2 menguji daya tahan fizikal dan mental kami... selepas 3 jam berehat, kami berkumpul mengikut watch masing2 untuk mempelajari cara membaca peta dan kompas.. selepas setengah jam mempelajari cara membaca peta dan kompas, kami memulakan latihan di kawasan hutan berhampiran kem...

pada malam itu, kami diberikan taklimat untuk ekspedisi akhir kami yang memakan masa 3 hari.. hampir semua peserta terkejut apabila dimaklumkan ekspedisi ini memakan masa 3 hari... kemudian kami diberikan penerangan tentang pergerakan, peralatan yang perlu dibawa dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan..

selesai penerangan, kesemua kami bergerak ke stor masing2 untuk menyiapkan peralatan... dan kali ini lebih mencabar kerana kami semua perlu membawa peralatan itu sendiri.. di sini kami diuji untuk lebih kreatif dalam membuat keputusan agar tidak merugikan mana2 pihak..

13 april, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot ke 1 tempat untuk memulakan perjalanan... perjalanan hari pertama agak mencabar kerana laluan yang licin.. aku pula mengalami kekejangan otot hampir 2 kali dalam perjalanan.. perjalanan kami memerlukan kami menaiki dan menuruni bukit, meredah kawasan berduri dan merentasi pokok balak yang telah tumbang sehingga menghalang laluan kami... selepas 6 jam berjalan, akhirnya kami sampai ke tempat yang dimaksudkan...

dugaan kepada kami datang lagi... kami merupakan kumpulan terakhir yang sampai ke camp site.. kelewatan itu menyebabkan kami memasak di bawah kain khemah yang direntang disebabkan cuaca yang telah hujan... namun, itu semua menguatkan semangat kami... dan kami berjaya mengharunginya...

14 april, merupakan perjalanan paling panjang yang kami tempuhi... dan buat pertama kalinya, aku berjalan selama 13 jam tanpa henti... kalau berhenti sekalipon, sekadar melepaskan lelah dan minum air... aku sendiri hampir putus asa selepas 10 jam perjalanan kerana keletihan yang amat sangat dan aku membuat silap yang besar dengan tidak mengambil makan tengahhari... namun ahli kumpulan dan jurulatih aku tetap cool, relaks dan menunggu aku sehingga sampai ke puncak terakhir... selepas 13 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di teluk sekadih, yang merupakan check point terakhir untuk ekspedisi kali ni...




.... to be continue....

Saturday, February 11, 2012

3 minggu pertama di tempat kerja


assalamualaikum....

hurm, sedar tak sedar da 3 minggu aku kat tnb... aku expect yg sebulan pertama ni aku akan honeymoon.. at least baca manual dulu, tgk org buat keje... tp jangkaan aku meleset gler.. bos kasi lepak seminggu je.. masuk minggu kedua, da mcam2 keje dtg...

untuk pengetahuan semua, aku ditempatkan di training & development unit (in-house, internal & overseas training), generation division... mmg org cakap, tempat aku ni kena cepat belajar.. keje banyak... haha..

thanks to my boss.. she is really helpful and always guide me when doing such task... ye laa, org baru.. mana nak taw buat keje lg... bila aku dpt je official email, bertalu2 email dtg... org tu nak g training, org ni nak g training... tu x kira training provider call nak offer product diorang...

tp aku suka suasana macam ni.. memerlukan aku bertindak, berpikir & buat keputusan dengan cepat... blum sampai sebulan, bos da suh aku handle bengkel kat klang minggu depan... huhu... kelam kabut aku dibuatnye... itu laa keja.. kalau dtg nak lepak, baik jgn keja.. haha

team training pon sempoi2.. bak kata big boss aku, kat training ni org buat kerja x berkira sgt... masing2 give & take.. harap2 aku lama laa kat HR generation nie.. environment keje pon ok... bos2 pon ok...


first memo from my boss... hari kedua keja... huhu...


office aku.. jemput ler dtg kalau free.. hehe


ok, bye!

Monday, January 23, 2012

kursus induksi program eksekutif pelatih tnb (pep 40)


assalamualaikum...

aku baru abis program induksi utk eksekutif/engineer baru tnb (pep40).. induksi ni berlangsung seminggu kat uniten... Alhamdulillah, semuanya ok... cam biasa laa utk staff baru, ade induksi sebagai salam perkenalan dari organisasi...

so, sepanjang seminggu kami didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan organisasi tnb, haluan kerjaya, ganjaran dan faedah, ceramah minda, AKPK, dan macam2 lg... semuanya merupakan maklumat berguna kepada kami sebagai ahli keluarga baru di TNB...

petang pulak, kami ada sesi riadah.. mmg meriah... plg best kumpulan aku... hatrik tmpat last utk semua aktiviti.. haha... xpe team, nnt kita buat elok2 kat obm.. :) hubungan sesama kami pon makin mesra... kalau hari pertama tu cam diam lg, segan2.. hari last tu, da kenal nama, bole borak2, sembang2... permulaan yg baik utk kami semua...

benda paling best bila training kat ilsas nie, makan mewah giler.. sampai tahap da xleh terima dh.. lauk ayam ni hari2... thanks tnb sbb sangat menjaga kebajikan kami... huhu

kepada semua rakan2 pep 40, semoga persahabatan ni kekal sampai bila2.. jauh lagi perjalanan yg kita bakal tempuh nie... kepada senior2 dari sesi PEP sebelum2 nie, harap dapat beri tunjuk ajar kat kami eh...




Friday, January 13, 2012

antara kenangan dan impian

assalamualaikum...

11 januari 2012 merupakan hari terakhir aku sebagai eksekutif sumber manusia di Perodua Manufacting. macam2 pengalaman, ilmu, dan kenangan yang telah aku tempuhi sepanjang berkhidmat di perodua...

tapi apakan daya.. jodoh aku tak lama di perodua.. aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat GLC.. tawaran yang agak sukar untuk aku tolak... dan tawaran ini juga merupakan harapan mak ayah aku....

isnin ni, aku akan mulakan kerja sebagai eksekutif pelatih di TNB.. aku harapkan yg aku akan dapat belajar banyak benda di TNB nnt.. dan berharap supaya aku kekal lama kat tmpt baru nie...

thanks perodua atas segala ilmu yang telah saya pelajari selama ni... syukur pada Allah kerana akhirnya TNB pilih jugak aku nie..

ok, take care... bye :)

Saturday, January 7, 2012

siri 2 : bagaimana dengan RM100, kita mampu menjana pendapatan lumayan


assalamualaikum..

apabila anda melengkapkan 4 level dalam pakej sahabat, anda akan secara automatik layak dalam pakej ceria..

kemasukan RM500 percuma
(daripada jumlah 30% komisen anda dalam pakej sahabat)


untuk pakej ini, setiap kemasukan bernilai RM500, dan setiap yang berdaftar di bawah anda, anda akan menerima ganjaran RM200.. untuk lebih mudah, pastikan mereka yang di bawah anda dalam pakej sahabat, berjaya melengkapkan kesemua 4 level dalam pakej tersebut, dan mereka akan layak secara automatik dalam pakej ini...

untuk anda, setiap level yang lengkap, anda akan diberi ganjaran seperti jadual di atas..

seperti biasa, setiap ganjaran yang terkumpul akan ditolak 30% bagi tujuan kemasukan percuma ke dalam pakej bonanza.. dan sekiranya anda lengkap keempat-empat level dalam pakej ini, anda akan diberikan hadiah istimewa sebuah motosikal CT100..


berminat : klik di sini atau hubungi saya untuk maklumat lanjut

siri 1 : bagaimana dengan RM100, kita mampu menjana pendapatan lumayan


assalamualaikum...

kali ini, aku akan ceritakan serba sedikit tentang bisnes ini...

sepintas lalu bisnes ini diasaskan oleh ustaz muhamad bahzan. konsep bisnes ini berasaskan E-Trading, Usahawan Mb4u, & E-Commerce.. mb4u juga merupakan anak syarikat kepada Permata Hijrah, yang dikenali dengan rawatan alternatif bagi masalah penglihatan.

terus kepada plan mb4u.. bagaimana kita mampu menjana pendapatan lumayan dengan bermodalkan rm 100??


PELAN PEMASARAN MB4U SANGAT MUDAH DAN SENANG DIFAHAMI.

apabila anda membayar RM100.00, anda secara automatik, akan mendaftar dalam pakej sahabat.. melalui pakej ini, anda akan dibayar RM40.00 sebagai ganjaran apabila membawa kenalan anda menyertai pakej yang sma.. mudah bukan??

melalui pakej ini, anda hanya perlu mencari 5 orang sahabat atau saudara mara anda untuk menyertai program ini. kemudian, setiap dari mereka akan mencari pula 5 yang lain.. setiap 1 level yang lengkap, anda akan diberi pula ganjaran tambahan... kitaran ini berterusan sehinggalah cukup 4 level.. walaupun anda berjaya memperoleh lebih dari 5 orang, sistem hanya akan mendaftarkan 5 org sahaja di bawah anda, dan selebihnya, akan berada di bawah rakan2 anda..

PAKEJ SAHABAT


GANJARAN PENGENALAN RM40.00


ANDA BOLEH MEMPERKENALKAN SEBERAPA RAMAI YANG ANDA MAHU.

TIADA HAD.


BAGI SETIAP LEVEL YG LENGKAP PULA, AKAN DIBERIKAN GANJARAN TAMBAHAN.
PENDAPATAN : RM40 (untuk setiap ahli yg kita daftarkan) + ganjaran bg setiap level yang lengkap




SETIAP POINT YANG TERKUMPUL AKAN DITOLAK 30 % BAGI TUJUAN KEMASUKAN PERCUMA KE PAKEJ CERIA.

APABILA CUKUP SUSUNAN DIDALAM 4 LEVEL ITU ANDA AKAN DAPAT 5 AKAUN DI PAKEJ SAHABAT DAN ANDA LAYAK MASUK PAKEJ CERIA.



berminat : klik di sini atau hubungi saya untuk maklumat lanjut

anda ingin mengerjakan UMRAH dengan hanya RM100??

assalamualaikum...

ptg tadi, aku ke karnival yang diadakan dekat dengan rumah aku.. saje nak tgk ape yg ade, cuci2 mata tgk produk dari seluruh Malaysia... kaki aku terus melangkah sehinggalah aku di sapa oleh seorang hamba Allah...

"assalamualaikum.. tuan, nak tak saya beri peluang kepada tuan mengerjakan umrah dengan bermodalkan RM100"

aku terkejut sekejap.. mana mungkin dengan RM100 aku mampu mengerjakan umrah??

sedar dengan perubahan aku, hamba Allah ini mengajak aku masuk ke dalam booth mereka.. aku diperkenalkan dengan Ustaz Bahzan, pengasas mb4u. kemudian, aku diterangkan dengan detail oleh pengurus pemasaran mb4u, saudara ahmad jalian @ abg bob, bagaimana dengan modal RM100, mampu membawa kita mengerjakan umrah di Mekah...

sambil mendengar penerangan tersebut, hati ini berdetik, "aku ni kalau tggu cukup duit baru ke Mekah, lambat lagi laa jawabnye... mungkin ini jalan yang Allah berikan kepada aku untuk aku menjadi tetamu-Nya"

tanpa berfikir panjang, aku mendaftar menjadi ahli mb4u, dengan niat ingin mengerjakan Umrah pada usia muda, mencari pendapatan lebih, dan membantu muslimin-muslimat lain yang pastinya menyimpan hasrat ingin ke Baitullah, sekurang-kurangnya mengerjakan umrah dengan modal kecil, dan beserta dengan sedikit usaha..

semoga ini menjadi asbab kepada perubahan dalam hidupku.. insyaAllah...



klik link ini untuk maklumat lanjut.. http://www.mb4u.com.my/index.php

p/s: next entry, aku akan ceritakan bagaimana sistem ini berfungsi.. menggunakan 3 konsep mudah.. SBK, silaturrahim, bantu membantu ( if i not mistaken), dan kusyuk...

Tuesday, January 3, 2012

mana mak??

luangkan masa anda membaca artikel ini... semoga memberi pengajaran kepada kita...


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian ...


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang


Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”


Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.


Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


~quoted from somewhere in internet~

entry pertama 2012 - pemilihan terbuka Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB

assalamualaikum...

bertemu kita buat kali pertama dalam tahun 2012...

ade benda baik, kita kongsikan bersama...

TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.

Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.


SASARAN

Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA):

  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer

SYARAT TAMBAHAN:

  • CGPA: 2.30-2.69 elektrik kuasa dan 2.3-2.99 bagi empat bidang lain
  • SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Bagi calon dengan keputusan SPM subjek BM tidak kredit boleh dipertimbangkan dengan syarat CGPA 3.00 - 3.30.
  • umur tidak melebihi 28 tahun.
  • sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
  • graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 5 bulan bergraduat; dan
  • graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)

PUSAT PEMILIHAN

  • Tarikh: 10 & 11 Januari, 2012
  • Masa: 9.00pagi - 4.00petang
  • Tempat: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah,Aras 5 Zon A, Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,06550 Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit, Kedah.

LAIN-LAIN:

  • Program latihan akan bermula awal 2012
  • Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
  • Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah.
  • Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
  • Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
  • Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.

PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN

sebarang pertanyaan, hubungi:

Pn. Nurul Muzaleeza Mustapha - 03-2296 6523

En. Kamal Sabarudin - 03-2296 6756

Saturday, December 31, 2011

entry terakhir 2011

assalamualaikum....

saat entry ini mula ditulis, masa menunjukkan 5 minit sebelum tiba ke tahun baru... 2011 akan pergi, tanpa kita dapat mengulangi kembali apa yang telah terjadi..

dan kita diberikan 2012 sebagai hadiah, untuk menebus kembali apa yang telah kita lepaskan pada tahun 2011...

semoga 2o12 akan membawa sejuta rahmat buat kita semua...

selamat menyambut tahun baru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...